2.5 juta pelancong masuk Langkawi tahun ini - Utusan Malaysia

2.5 juta pelancong masuk Langkawi tahun ini

MOHD. Firdaus Ahmad (dua dari kanan) dan Tan Kok Liang (kiri) memotong riben sebagai simbolik pembukaan pejabat baharu MATTA Kedah/ Perlis di Langkawi, hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jumlah kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini dijangka meningkat kepada seramai 2.5 juta susulan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebelum ini menyasarkan sebanyak 2.2 juta pelancong dengan 85 peratus daripadanya adalah pelancong domestik.

“SOP (prosedur operasi standard) gelembung pelancongan sebelum ini memerlukan pelancong untuk kuarantin, beli insurans dan pelbagai SOP yang perlu dilakukan.

“Walau bagaimanapun bermula 1 April nanti semua benda tersebut sudah tiada dan SOP lebih longgar, jadi kita jangkakan peningkatan sasaran jumlah pelancong daripada 2.2 juta kepada 2.5 juta untuk tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan pejabat baharu Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah/ Perlis di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib; Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang serta Pengerusi MATTA Kedah/ Perlis, Mohd. Yusin Mohd. Yatim.

Mohd. Firdaus berkata, kalangan pemain industri pelancongan di sini juga telah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dan akan bangkit semula selepas lumpuh hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Mohd. Firdaus berkata, pemain-pemain industri pelancongan di sini juga telah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dan akan bangkit semula selepas lumpuh hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Sebelum ini katanya, LADA mengumumkan dua penerbangan yang membawa pelancong asing dijangka tiba di pulau pelancongan ini sempena pembukaan semula sempadan negara pada 1 April nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN