157 maklumat rasuah disalurkan CeiO di Melaka - Utusan Malaysia

157 maklumat rasuah disalurkan CeiO di Melaka

MOHD. Shahril Che Saad (kiri) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka-CeiO di Pejabat SPRM Melaka, Alai, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menerima 157 maklumat berkaitan salah laku termasuk melibatkan penjawat awam sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Mohd. Shahril Che Saad berkata, maklumat itu disalurkan pegawai integriti bertauliah (CeiO) yang dilantik di setiap jabatan dan agensi kerajaan.

“Hasil siasatan, seramai 17 tangkapan dibuat dengan 12 daripadanya membabitkan penjawat awam. Sepanjang tahun lalu kita menerima 157 maklumat daripada CeiO dan sebanyak 36 kertas pemeriksaan awal dibuka.

“Kita membuat tangkapan ke atas 17 individu dengan 12 daripadanya adalah penjawat awam membabitkan pelbagai kesalahan termasuk perolehan kerajaan dan penguatkuasaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka-CeiO di Pejabat SPRM Melaka, Alai di sini hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun hanya 20 kertas siasatan diteruskan untuk tindakan undang-undang.

Beliau berkata, tangkapan dibuat tidak membabitkan nilai suapan yang besar dan merupakan kes domestik.

“Kebanyakan kes masih membabitkan kesalahan meminta dan menerima rasuah. Melihat kepada situasi semasa, kita risau trend rasuah meningkat bila mana kos sara hidup semakin tinggi dan kerana itu jugalah kita pastikan dokumen-dokumen dasar jabatan, pelan anti rasuah organisasi dibangunkan supaya tidak melarat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN