132 projek perumahan sakit di Selangor

132 projek perumahan sakit di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 132 projek perumahan belum dapat diselesaikan di Selangor sejak tahun 2018.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata,  32 daripada projek tersebut terletak di Kuala Langat dan angka tersebut adalah tertinggi di negeri ini.

“Sehingga kini terdapat 32 projek perumahan terbengkalai di dalam Daerah Kuala Langat. Daripada jumlah tersebut 12 daripadanya merupakan projek Taman Desa Sri Jentayu.

“Sebagai makluman Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membahagikan projek tersebut kepada 4 kategori sebagai langkah mengurangkan jumlah projek-projek terbengkalai tersebut,” katanya pada Mesyuarat Pertama Sidang Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San apakah usaha yang dilakukan MPKL, Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Langat (PTDKL) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk mengurangkan jumlah projek terbengkalai.

Rodziah menambah, bagi projek pembangunan terbengkalai sedang dan telah dipulihkan dua projek telah hampir selesai termasuk satu projek iaitu Taman Desa Sri Jentayu 16.

“Kategori projek pembangunan terbengkalai sedang dalam perancangan pemulihan oleh  pemaju penyelamat melibatkan10 projek dalam perancangan pemulihan atau telah ada pemaju penyelamat dan masih di peringkat kelulusan semula Kebenaran Merancang termasuk 6 projek Taman Desa Sri Jentayu 5, 7, 8, 11, 12 dan 13.

“Bagi kategori projek pembangunan terbengkalai dalam perancangan kelulusan infra dan penyerahan kepada MPKL, melibatkan9 lagi projek yang telah ada dan tiada infra dan sedang dalam kajian bagi membantu mendapatkan semula kelulusan Kebenaran Merancang dan kelulusan infra termasuk penyerahan infra kepada MPKL bagi membolehkan pemilik rumah mendapatkan kelulusan pelan bangunan secara individu,” jelasnya.

Ujarnya lagi, bagi kategori projek pembangunan terbengkalai kategori statik melibatkan 11 projek, masih tiada maklumat untuk tujuan pemulihan termasuk lima projek Taman Desa Sri Jentayu 1, 3, 6, 10 dan 15. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN