12 PATI baru tiba di Jeram di tahan polis

12 PATI baru tiba di Jeram dicekup polis

SEMUA 12 PATI dipercayai warga Indonesia ditahan polis selepas cuba bersembunyi dalam kawasan paya bakau sebaik sahaja tiba di negara ini melalui jalan laut di Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tidak bernasib baik, 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dicekup polis sebaik sahaja tiba di negara ini berhampiran kunci air, Sungai Janggut, Jeram di sini pada awal pagi kelmarin.

Mereka dipercayai warga Indonesia terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 18 hingga 40 tahun itu dikesan bersembunyi di kawasan paya bakau oleh Pasukan Polis dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih yang membuat rondaan dalam Operasi (Ops) Nyah.

Menurut Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Rizal Mohamed, rondaan dilakukan kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum kumpulan PATI itu ditemukan bersembunyi di kawasan berhampiran kunci air itu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

“Tangkapan telah dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid 19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga Petugas PDRM.

Dalam pada itu, Rizal turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada PDRM berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN