PUTRAJAYA: Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa Ramadan 1443 Hijrah pada 3 April ini susulan anak bulan mungkin sukar kelihatan pada petang 29 Syaaban. Demikian pandangan seorang pakar ilmu falak terkenal tanah air, Hanafiah Abd. Razak ketika dihubungi Utusan Malaysia dengan berpandukan hisab atau hitungan pada tarikh tersebut. “Anak bulan agak sukar dilihat pada hari rukyah petang 1 April ini dan berdasarkan kiraan, ia turut belum cukup matang lagi…