PETALING JAYA: Untung dicatatkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2020 dan 2021 seharusnya digunakan untuk menanggung kenaikan kos haji yang dijangka meningkat lagi tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, TH mencatatkan keuntungan bersih RM1.22 bilion pada 2021 dan RM1.25 bilion pada 2020 walaupun tidak menghantar jemaah haji untuk kedua-dua tahun tersebut kerana pandemik Covid-19. Menurut beliau, jumlah keuntungan tersebut sepatutnya mencukupi untuk menampung kenaikan kos haji tahun ini. “Jemaah haji sudah dua tahun tidak dihantar ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya