Tindakan SPR terhadap undi pos mengecewakan

Tindakan SPR terhadap undi pos mengecewakan

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat mengecewakan apabila  hambar dan kurang bersungguh-sungguh dalam memastikan semua pengundi Johor dapat mengundi tidak kira mana mereka berada menerusi permohonan undi pos akan tamat tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching justeru menggesa SPR mendedahkan jumlah pengundi yang telah berdaftar sebagai pengundi pos untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat ini walaupun telah memberi ruang yang tidak dapat pulang untuk mengundi bagi mendaftar sebagai pengundi pos sehingga Jumaat ini.

Katanya, tempoh yang singkat akan membawa kebarangkalian pengundi mungkin tidak tahu yang mereka perlu mendaftar sebagai pengundi pos. 

“Jadi, saya gesa pihak SPR untuk beritahu berapa pengundi pos telah berjaya didaftarkan untuk bukti bahawa proses ini diketahui umum,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Timbalan Pengerusi DAP Johor itu, SPR perlu memanjangkan tarikh akhir tersebut jika tidak ramai telah berjaya didaftarkan sebagai pengundi pos, manakala pihaknya menerima banyak aduan mengalami pelbagai masalah teknikal untuk berdaftar di laman web SPR. 

“Antaranya seperti tidak dapat memuat naik gambar kad pengenalan, tidak dapat memilih hari jadi dan sampai ada yang mengambil masa dua atau tiga hari untuk mencipta akaun dalam laman web tersebut. 

“Semua kesukaran teknikal ini menghindarkan pengundi daripada melengkapkan pendaftaran akaun mereka dan SPR harus bertanggungjawab atas masalah ini,” jelasnya. 

Selain itu, beliau menggesa SPR untuk menyediakan beberapa pusat mengundi di luar negara terutamanya di Singapura sekiranya ingin menegakkan proses pengundian adil untuk semua, terutamanya pengundi Johor bermastautin di Singapura dan tidak mampu balik ke Johor.

“Mereka harus memobilisasikan sedaya upaya untuk meninggikan peratusan pengundian. Lagi-lagi dengan kos RM96 juta yang dianggarkan untuk mengadakan PRN Johor.

“Kita harus belajar daripada kesilapan yang dilakukan di PRN Melaka dan Sarawak dan jangan pula peruntukan yang diberikan diguna untuk kaedah tradisional yang lama,” katanya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya