Tiga lagi suspek ditahan kes tetak, bakar lelaki

Tiga lagi suspek ditahan kes tetak, bakar lelaki

AHMAD SHUKRI MAT AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang disyaki dibunuh dalam kejadian di Simpang Kuala, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, tangkapan melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an.

“Ketiga-tiga suspek ini ditahan di sekitar Alor Setar dan mereka direman sehingga 22 Februari ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini, empat suspek ditahan termasuk seorang lelaki berusia 59 tahun yang ditahan terlebih dahulu di sekitar lokasi kejadian.

Tambahnya, identiti mangsa yang merupakan lelaki berusia lewat 40-an itu belum diperoleh.

Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki ditemukan mati dipercayai ditetak pada tangan dan muka sebelum dibakar dalam kejadian di sebuah bangunan panggung wayang lama yang terbiar di Simpang Kuala semalam.

Mayat mangsa berusia lingkungan lewat 40-an itu ditemukan anggota bomba ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di bangunan tersebut. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN