Tabung Haji agih keuntungan 3.1 peratus

Tabung Haji agih keuntungan 3.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus yang bakal dimanfaatkan lebih 8.4 juta pendepositnya.

Agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berjumlah RM2.46 bilion, iaitu RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion pada 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, agihan keuntungan ini adalah kompetitif. Antara lain mengambil kira faktor kadar agihan 2021 adalah lebih tinggi dari purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan iaitu 2.36 peratus.

“Kadar pulangan 2021 juga adalah selepas mengambil kira keadaan persekitaran dan pasaran sukuk serta saham yang mencabar pada tahun lalu.

“Alhamdulillah pulangan inu juga telah mengambil kira zakat yang dilunaskan bagi pihak pendeposit. Tabung Haji akan terus berusaba mengukuhkan lagi operasi, tadbir urus dan kedudukan kewangannya memandangkan keadaan ekonomi negara semakin pulih dan dijangka berkembang tahun ini,” katanya dalam majlis pengumuman agihan keuntungan TH, di sini hari ini.

TH telah mencatat pendapatan sebanyak RM3.24 bilion bagi 2021 berbanding RM3.15 bilion pada 2020, peningkatan sebanyak 2.9 peratus.

Pelaburan pendapatan tetap dan ekuiti telah menyokong ketahanan pendapatan pada 2021 dengan menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Kedudukan kewangan TH kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 juta pada 31 Disember 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN