Terpedaya Macau Scam, pesara hilang lebih RM500,000 - Utusan Malaysia

Terpedaya Macau Scam, pesara hilang lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara berputih mata selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam sehingga wang simpanannya lesap lebih RM500,000 pada Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, mangsa lelaki berusia 65 tahun itu bukan sahaja mengeluarkan simpanannya malah turut menggadai barang kemas milik isteri yang keseluruhannya bernilai RM532,800.

Katanya, mangsa cemas apabila didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram oleh seorang wanita dikenali sebagai Mastura yang menyamar sebagai pegawai penyiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Mangsa kemudian diarahkan membuka satu akaun baharu selain memberikan segala butiran peribadi termasuk akaun kepada suspek.

“Mangsa langsung tidak curiga sehingga mendapati duit berkenaan dikeluarkan tanpa pengetahuannya, namun cubaan menghubungi Mastura gagal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zambri berkata, mangsa yang mempercayai dirinya ditipu kemudian membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN