Terengganu FC kesal insiden pergaduhan - Utusan Malaysia

Terengganu FC kesal insiden pergaduhan

Pemain TFC II dan Penang FC terbabit dalam pergaduhan ketika aksi Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) kesal dengan insiden pergaduhan antara pemain Terengganu FC II dan Penang FC dalam aksi pemanas badan Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Rasid Jusoh berkata, siasatan awal mendapati kekecohan itu berpunca akibat rasa tidak puas hati seorang pemain Harimau Kumbang terhadap pemain tuan rumah yang meraikan kegagalan pelawat menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.

Katanya, keadaan menjadi parah apabila berlaku adegan tumbuk-menumbuk dan kejar-mengejar antara pemain kedua-dua pasukan sebelum dileraikan oleh pengadil dan pegawai perlawanan.

“Setelah berbincang, kesemua pihak bersetuju untuk meneruskan aksi separuh masa kedua, malah pemain tuan rumah telah keluar dari bilik persalinan namun, Penang FC enggan dan terus menaiki bas pasukan.

“Untuk makluman, pemain Terengganu FC II berjersi bernombor 11 turut dilayangkan kad merah oleh pengadil sebelum babak kedua bermula, tetapi pelawat masih tidak mahu meneruskan perlawanan dan aksi kemudian ditamatkan kerana kegagalan Penang FC masuk ke padang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ab. Rasid berkata, pengurusan Terengganu FC bersama penganjur telah berjumpa dengan pihak Penang FC bagi memohon maaf atas insiden itu.

“Semoga pemain pelawat tidak mengalami kecederaan yang serius dan mampu meneruskan karier. Pengurusan Terengganu akan memanggil pemain terlibat di samping pegawai untuk mendapatkan penjelasan lanjut agar situasi sama tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC II, Badrul Afzan Razali, yang mengikuti kursus kejurulatihan di ibu negara terkejut dengan kejadian melibatkan anak buahnya apatah lagi tercetus dalam perlawanan persahabatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya