Selangor umum bajet tambahan selesai pelbagai isu termasuk banjir

Selangor umum bajet tambahan selesai pelbagai isu termasuk banjir

NG Suee Lim (dua kanan) dan Amri Ismail (kiri) menyaksikan penyerahan bantuan kepada penerima mangsa banjir di PDT Sabak Bernam, Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan negeri Selangor dijangka mengumumkan bajet tambahan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung mulai 14 Mac ini bagi menyelesaikan beberapa isu termasuk masalah banjir di Selangor.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, usul berkenaan antara perkara yang akan dibangkitkan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir dalam sidang berkenaan.

“Kita akan memfokuskan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan terutama mengenai bantuan kepada mangsa banjir. Perbahasan meliputi rancangan mengatasi banjir dan tebatan banjir selain pengumuman bajet tambahan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Sekolah kepada mangsa banjir di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam di sini, petang tadi yang turut dihadiri, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Amri Ismail.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pelbagai pihak termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor mendesak kerajaan negeri mengadakan sidang DUN khas bagi menyelesaikan isu banjir.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sidang khas diadakan sebaliknya hanya sidang pada Mac hadapan seperti yang dijadualkan.

Dalam pada itu, Suee Lim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan menyatakan semua ahli dewa dikehendaki menjalani ujian saringan RTK-Antigen sekiranya kes Covid-19 terus mencatat peningkatan.

Jelasnya, langkah tersebut juga bakal dilaksanakan kepada semua pegawai bertugas dan petugas media yang menghadiri sidang berkenaan.

“Jika keadaan terdesak (penularan semakin serius), kita mungkin menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

 “Langkah itu dengan mewajibkan semua ADUN, pegawai dan petugas media yang hadir ke sidang DUN melakukan ujian RTK pada setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata, beberapa usul berbangkit akan diketengahkan pada persidangan kali ini.

“Kita akan memfokuskan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan terutama mengenai bantuan kepada mangsa banjir.

“Perbahasan meliputi rancangan mengatasi banjir dan tebatan banjir selain pengumuman bajet tambahan daripada kerajaan negeri,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN