Saya perlu mencintai seorang lelaki - Aaron Aziz

Saya perlu mencintai seorang lelaki – Aaron Aziz

AARON AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertama kali membawa watak lelaki sonsang, pelakon hebat Datuk Aaron Aziz mengakui bukan mudah untuk menghidupkan karakter Dean Ilyas dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Kata Aaron, ada kesukaran yang perlu diatasi memandangkan beliau tidak berpengalaman membawakan watak sedemikan sebelum ini.

“Memang mencabar. Saya perlu mencintai seorang lelaki di dalam drama ini. Jadi, itu adalah luar biasa bagi saya.

“Kedua, saya dan pasangan di dalam drama tersebut, Gambit Saifullah perlu tunjukkan keserasian seperti pasangan bercinta. Ada ketika memerlukan kami bergaduh umpama suami isteri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Aaron lagi, dia ingin mencari kelainan dalam lakonan dipersembahkan kerana bosan dengan watak skeptikal yang sering ditawarkan kepadanya.

Ujarnya, itu adalah faktor yang membuatkan dia menerima tawaran berlakon dalam drama berkenaan.

“Saya akui, saya bosan dengan watak yang sama. Namun, watak ini lain dari yang lain.

“Pasangan pula Gambit. Senang bekerja dengannya. Keserasian itu ada.

“Selain itu, saya tertarik dengan penceritaan drama ini. Berat dan mencabar,” katanya lagi.

Disoal tentang reaksi peminat berhubung perkara tersebut, Aaron berkata dia menerima komen positif dari kebanyakan mereka yang menonton drama berkenaan.

“Tak ada komen negatif. Sambutan amat baik. Saya gembira kerana penonton hargai lakonan saya.

“Babak yang saya lakonkan pun tidak keterlaluan. Hanya terhad kepada lisan sahaja. Tidaklah seperti di Hollywood yang lebih berani,” ujarnya.

Suamiku Lelaki Pendosa merupakan drama bersiri 28 episod yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya