Pusat kesihatan tawar pelacur terbongkar

Pusat kesihatan tawar pelacur terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dekat sini, terbongkar selepas diserbu polis semalam.

Serbuan Op Noda kira-kira pukul 7 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai enam wanita tempatan yang disyaki pelacur ditahan.

“Polis menahan tiga lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis.

“Dalam serbuan itu, kita turut  merampas pelbagai kondom, tuala, minyak urut dan wang tunai berjumlah RM2,035,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata, kesemua ditahan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 373 serta 372B Kanun Keseksaan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN