PRU-14 Guan Eng tabur janji pasal pendidikan juga-Najib

PRU-14 Guan Eng tabur janji pasal pendidikan juga-Najib

NAJIB TUN RAZAK dan LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar ahli politik tidak menjadikan institusi persekolahan dan pendidikan negara sebagai bahan kempen untuk memancing undi.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Guan Eng telah menabur janji merata-rata dalam ceramahnya termasuk berkaitan dengan institusi pendidikan termasuk peruntukan kolej-kolej untuk pelajar Cina.

“Guan Eng bidas saya sebab saya melawat ke sebuah sekolah di Johor hari itu. Dia (Guan Eng) kata saya tak patut mempolitikkan pendidikan. Bahawa pendidikan dan politik mesti dipisahkan.

“Saya nak hadiahkan video untuk ingatkan Guan Eng. Sebelum PRU-14, Guan Eng tabur janji merata-rata dalam ceramah-ceramahnya. Tengok betapa konfiden mukanya semasa dia ‘kencingkan’ pengundi-pengundinya.

“Dia janji PH akan bagi RM1,000 pelajar kolej dan universiti tiap-tiap tahun. Dia janji kepada pengundi Cina peruntukan untuk kolej-kolej mereka termasuk Kolej Universiti TAR tidak akan dipotong. Akan dijaga baik,” katanya di laman Facebooknya yang turut disertakan klip video janji-janji Guan Eng.

Bagaimanapun kata Najib, selepas menang PRU-14, lain pula jadinya apabila tiada janji RM1,000 setiap pelajar pernah ditepati malah, peruntukan tahunan bagi Kolej Universiti TAR yang ada 28,000 pelajar ini dipotong dari RM35 juta setahun menjadi RM1 juta sahaja dengan alasan kolej universiti berkenaan ada pengaruh MCA.

“Pengaruh MCA apa?. Ramai penyokong PH termasuk menteri-menteri PH seperti Teresa Kok dan (Datuk Seri) Salahuddin Ayub merupakan graduan kolej universiti ini.

“Kalau niat ialah untuk terang-terang mungkir janji, tak payah nak bagi alasan ada pengaruh MCA. Cakap sahaja bahawa manifesto itu bukan kitab suci atau PH sengaja nak kencingkan pengundi mereka.

“Dalam bab menipu, PH langsung tak rasis. Melayu, dia tipu. India, dia tipu. Cina pun dia tipu. Isu pendidikan, jangan berdendam atau dipolitikkan. Akhirnya, anak-anak muda kita yang dimudaratkan,” kata Najib.

Sebelum ini. Guan Eng meminta agar Ahli politik tidak menggunakan institusi persekolahan dan pendidikan negara sebagai bahan kempen politik dalam usaha untuk memancing undi masyarakat sewaktu pilihan raya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beretika malah turut mencemar institusi persekolahan yang seharusnya menjadi tempat generasi muda belajar. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN