Premier :Siapa yang lebih besar kuasanya? DUN Sarawak atau DBP?

Premier : Siapa yang lebih besar kuasanya, DUN Sarawak atau Dewan Bahasa dan Pustaka?

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Begitulah bunyi pertanyaan balas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof. Datuk Awang Sariyan yang berharap neger itu akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk menukar gelaran ketua kerajaan negerinya daripada “ketua menteri” kepada “perdana” atau premier.

Abdul Karim berkata, badan (DUN Sarawak) yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 merupakan badan penggubal dasar dan undang-undang yang tertinggi di Sarawak kalau dibandingkan dengan DBP.

“Kalau Dewan Bahasa (dan Pustaka), itu adalah pandangan beliau sahaja, banyak pandangan daripada profesor dan univerisiti.

“Tiada apa-apa yang silap kerana ia adalah hak kita (Sarawak). Anda perlu menghormati badan penggubal undang-undang (DUN Sarawak,” tegas Abdul Karim lagi.

Abdul Karim, bagaimanapun menjelaskan bahawa adalah menjadi hak DBP untuk memberi pandangan, tetapi pakar bahasa yang lain tidak semestinya bersetuju dengan pandangan beliau (Awang Sariyan).

Menurut Awang Sariyan, terdapat implikasi jangka panjang terhadap penggunaan istilah itu, salah satunya mewujudkan persepsi bahawa terdapat perdana menteri di peringkat negeri.

“Salah satu implikasinya ialah konsep federalisme yang menjadi asas kepada Persekutuan Malaysia akan terjejas dan ini perlu diteliti dengan teliti,” katanya dalam sidang akhbars elepas Majlis Perasmian Borneo Culture Museum di sini hari ini

Awang dipetik sebagai berkata, ramai rakannya dari Sarawak menghubunginya dan menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan terkini.

“Saya terkejut kerana DBP Sarawak tidak dimaklumkan dan setakat ini tiada maksud rasmi istilah itu dalam kamus untuk merujuk kepada perdana menteri,” katanya.

Menurut Awang perkataan “perdana” atau premier berasal dari Perancis dan merupakan pengubahsuaian daripada istilah Latin “primarius”, yang bermaksud pertama atau terpenting. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya