Polis serbu 'calling centre' di kondominium mewah

Polis serbu ‘call centre’ di kondominium mewah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua warga asing ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian atau call centre di Jalan Medan Tuanku di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua tangkapan berusia 36 dan 48 tahun dipercayai menggunakan modus operandi penipuan atas talian di kondominium mewah yang memiliki kawalan keselamatan 24 jam. 

Menurutnya, ini bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan selain menyukarkan kemasukan pelawat. 

“Dalam serbuan itu, kita telah merampas 32 peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan itu antaranya telefon bimbit, komputer, papan kekunci dan kad memori. 

“Kesemua tangkapan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga lusa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Noor Dellhan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Ujarnya, pihak pengurusan bangunan dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan berkenaan penipuan ini. 

“Mereka diminta berhubung dengan IPD Dang Wangi di talian 03- 26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujar beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN