Penternak perlu henti boikot

Penternak perlu henti boikot

PENTERNAK dan pembekal ayam perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah bekalan supaya malasah dihadapi tidak berlarutan khususnya menjelang perayaan bakal tiba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan penternak ayam melakukan boikot kerana tidak puas hati dengan subsidi yang lambat sampai kepada mereka perlu dihentikan segera supaya tidak menjejaskan bekalan barangan keperluan itu khususnya menjelang hari perayaan.

Penternak dan pembekal ayam perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah bekalan supaya malasah dihadapi tidak berlarutan khususnya menjelang perayaan bakal tiba.

Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, P

‘Saya menyeru para penternak teruskan bekalan telur dan bukannya ambil tindakan boikot. Menjelang bulan puasa dan musim hari raya, telur adalah bahan yang penting untuk menyediakan juadah. Jika bekalan terputus, banyak pihak terpengaruh terutama golongan pengguna berpendapatan sederhana bawah.

“Apabila bekalan terjejas, harganya naik seterusnya mengakibatkan harga jualan makanan pun akan naik, para pengguna perlu membayar harga yang lebih tinggi dan kos perbelanjaan akan tinggi. Tanggungan keluarga bertambah, suasana perayaan akan berkurangan,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar melaporkan, kerajaan memutuskan pemberian subsidi ayam dan telur kepada penternak di seluruh negara untuk tempoh empat bulan sehingga 4 Jun ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM528.52 juta.

Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi pula berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menetapkan harga siling bernilai RM8.90 tetapi masih ada desakan berterusan untuk menaikkan harga.

Jelasnya, bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mewujudkan satu jawatan kuasa atau suruhanjaya tentang makanan terutama membabitkan isu-isu pengguna.

“Mengikut pandangan saya, menjelang hari perayaan harga bekalan berterusan melonjak. Oleh itu saya rasa ini adalah satu kesempatan yang diambil oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dalam keadaan rakyat sedang tersepit,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN