banjir pindah

Penduduk enggan pindah, sanggup menyorok dalam rumah 

ROZIZAH Abni Hajar (kanan) memujuk penduduk meninggalkan kediaman di Kampung Beladau Selat di Kuala Terengganu, malam tadi. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun banjir melebihi satu meter, namun masih ada penduduk yang enggan berpindah hingga sanggup menyorok dalam kediaman masing-masing ketika operasi menyelamat dijalankan malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sekurang-kurangnya 15 penduduk melibatkan empat keluarga di Kampung Pulau Sekati berdegil tidak mahu meninggalkan kediaman masing-masing.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.15 malam bagi membantu memindahkan penduduk yang terputus hubungan jalan darat dan bekalan elektrik akibat banjir serta hujan lebat.

“Bagaimanapun, empat keluarga itu tetap berdegil dengan memberi alasan paras air masih terkawal dan hanya akan berpindah jika keadaan semakin buruk.

“Usaha memujuk mereka gagal, malah ada yang bersembunyi di dalam rumah ketika didatangi semula oleh anggota penyelamat lain,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Rozizah berkata, operasi menyelamatkan penduduk terperangkap banjir itu selesai pukul 11.15 malam dengan seramai 14 penduduk melibatkan lima keluarga berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Losong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN