KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 300 penduduk di Kampung Melayu Bukit Tarek, Ulu Yam di Hulu Selangor terus menunggu respons Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mengenai nasib mereka yang `menagih’ kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya sejak lebih dua dekad lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Kampung Melayu Bukit Tarek, Shamsiah Mohamad berkata, butiran mengenai kawasan tersebut telah diserahkan kepada MTES pada Disember tahun lalu tetapi sehingga…