Pemandu, penumpang Myvi lari selepas langgar pesara 

Pemandu, penumpang Myvi lari selepas langgar pesara 

myvi
KEADAAN Perodua Myvi selepas melanggar lari seorang pesara di Kilometer 269 LPT2 berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh, di Kemaman semalam. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua lelaki melarikan diri selepas melanggar seorang pesara di Kilometer 269, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh, di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, mangsa, Zolkafli Ahmad, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kertih dari arah Kuantan. Sebelum dilanggar Perodua Myvi dari arah sama. 

Katanya, kenderaan yang dinaiki dua lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an itu bagaimanapun bertindak melarikan diri. 

“Impak pelanggaran menyebabkan skuter Vmoto 250 pesara itu hilang kawalan dan  terbabas hingga mangsa jatuh di bahu jalan sebelum maut,” katanya. Beliau berkaya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi. 

Hanyan berkata, Perodua Myvi dinaiki suspek mengalami kerosakan dan ditemukan tersadai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Ia ditemukan oleh pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina.

Katanya, semasa pemandu itu bersama ibunya meminta pertolongan daripada kenderaan lain di lebuh raya berkenaan, kedua-kedua suspek bertindak melarikan Nissan Grand Livina mereka. 

“Pemuda itu kemudian membuat laporan di IPD Kemaman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya