Pelajar tertipu pembelian komputer riba dalam talian

Pelajar tertipu pembelian komputer riba dalam talian

pelajar
HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Hasrat seorang pelajar untuk memiliki sebuah komputer riba lebur apabila ditipu dalam urusan pembelian dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa merupakan pelajar perempuan berusia 18 tahun dari Felda Raja Alias di sini. Pada mulanya telah melihat akaun Instagram Laptop_Sejahtera yang menawarkan sebuah komputer riba dengan harga RM1,950.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki yang kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa komputer riba tersebut akan diterima mangsa dalam masa dua hari selepas pembayaran penuh dibuat.

“Pada 3 Februari kira-kira 11.22 malam, mangsa membuat pembayaran secara dalam talian kepada akaun Bank Islam bernombor 14153023237744 atas nama Viknesh Chandran sebanyak RM1,400.

“Pada 9 Februari, kira-kira pukul 8.17 malam, mangsa membuat pembayaran kali kedua secara dalam talian ke akaun Hong Leong atas nama Prabu Kuppalan sebanyak RM550,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, sehingga ke hari ini mangsa tidak menerima apa-apa dari lelaki berkenaan dan usaha menghubungi lelaki tersebut juga gagal.

Menurutnya, mangsa membuat di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan hasil semakan pada sistem Commercial Crime Intelligence System (CCIS) mendapati nombor akaun digunakan telah ada rekod penglibatan penjenayah penipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN