PBRS penuhi lompang KDMR dalam komponen BN

PBRS penuhi lompang KDMR dalam komponen BN

IR ABDUL AZIZ JULKARNAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sokongan di peringkat akar umbi yang semakin kukuh terhadap Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menunjukkan penerimaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di negeri ini semakin baik.

Kelompangan yang ditinggalkan oleh parti-parti komponen berasaskan Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) sebelum ini akan dipenuhi semula melalui parti berkenaan yang sedang memperluaskan penyertaan keahlian di Sabah.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, sebelum ini BN mempunyai beberapa parti komponen berasaskan KDMR iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan sekarang hanya ada PBRS.

Maka, penyokong tegar BN yang terdiri daripada bumiputera bukan Islam yang dahulunya menyokong PBS, UPKO mahupun Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan memberi sokongan kepada parti berkenaan.

“Masih ramai penyokong mahu bersama BN dan melihat PBRS sebagai medium yang boleh disertai dan mewakili suara masyarakat di pedalaman.

“Malah, dalam banyak siri perbincangan, kita minta parti ini memperluaskan pengaruhnya bukan hanya di Pensiangan tetapi, di zon pedalaman lain seperti Ranau, Kota Marudu, Inanam mahupun Limbahau yang ramai pengundi KDMR.

“Di dalam BN, itu formula kita gunakan sejak dahulu iaitu UMNO mewakili segmen bumiputera Islam, MCA wakili masyarakat Cina dan MIC wakili masyarakat India sementara PBRS, PBS dan UPKO melihat kepada bumiputera bukan Islam atau KDMR,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz berkata, kini PBRS sedang melebarkan sayap bagi membina kekuatan mereka.

Justeru, menjelang PRU-15, BN akan diwakili semua segmen penduduk di Sabah dan kekuatan PBRS itu akan memperkukuhkan kedudukan BN di Sabah.

Pada Isnin, Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup menyatakan kedudukan partinya di Sabah semakin mendapat tempat dihati rakyat dengan kemasukan 7,900 ahli baharu ke dalam parti tersebut.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan sokongan rakyat terhadap PBRS sebagai satu-satunya parti tempatan Sabah dalam komponen BN sangat baik. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya