Myvi terbabas atas kubur di Senawang

Myvi terbabas atas kubur di Senawang

myvi
TULAR gambar sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di sebuah kawasan tanah perkuburan di Senawang, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengesahkan kejadian sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di kawasan perkuburan. Kejadian yang tular hari ini itu berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, dekat sini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Ia melibatkan kereta milik seorang wanita yang kubur Allahyarham suaminya berada di situ.

“Terdapat seorang wanita warga emas yang memandu kenderaan itu ketika mahu menziarah arwah suaminya yang baharu meninggal dunia. 

“Bagaimanapun, ketika wanita berkenaan hendak memusingkan kenderaan dia terbabas sehingga menyebabkan kenderaan tersebut berada di atas kubur. 

“Kejadian tersebut menyebabkan empat kubur mengalami kerosakan dan pewaris kubur terlibat akan dimaklumkan berkenaan hal itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hari ini, tular beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di dalam kawasan tanah perkuburan Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.