MIC tuntut kerusi pembangkang di DUN Bukit Batu

MIC tuntut kerusi pembangkang di DUN Bukit Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MIC Johor menuntut bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu yang merupakan kerusi pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Ketua Bahagian MIC Kulai, S. Suppayah berkata, jika Barisan Nasional (BN) memberinya peluang bertanding di kawasan itu, ia menunjukkan aspirasi Keluarga Malaysia dan konsep Bangsa Johor yang disanjungi di Parlimen Kulai. 

Hal itu ketika UMNO akan bertanding di DUN Bukit Permai manakala MCA pula di DUN Senai yang kesemuanya berada di dalam Parlimen Kulai. 

“Walaupun kerusi DUN Bukit Batu dianggap sebagai kawasan mencabar, kami membuat tuntutan ini atas dasar tanggungjawab disempurnakan MIC Kulai membantu masyarakat setempat bersama BN Kulai dan penyelaras DUN, Datuk Mohd. Jafni. 

“Pengundi India di DUN Bukit Permai dan DUN Senai masing-masing seramai 5216 (13.26 peratus) dan 7996 (12.64 peratus), dengan peratus pengundi India seramai 3790 pengundi atau 8.25 peratus, MIC yakin akan memenangi DUN Bukit Batu dengan kerjasama parti komponen BN. 

“MIC juga mempunyai hubungan baik bersama Ketua BN Kulai, Datuk Zainal Abidin yang amat maklum mengenai tahap perkhidmatan MIC di Kulai, khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), DUN Bukit Batu dimenangi Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dengan undi majoriti 10,057 menewaskan calon BN-MCA, Teo Lee Ho (7,048 undi) dan calon Pas, Juwahir Amin (1,888 undi). Bagaimanapun Pas hilang deposit. 

DUN Bukit Batu terletak di dalam Parlimen Kulai yang dimenangi Teo Nie Ching dari DAP dengan undi sebanyak 55,312. 

Ketika itu DAP bertanding atas tiket PKR kerana gabungan Pakatan Harapan (PH) belum didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). 

Mengulas lanjut, Suppayah berkata, MIC sebulat suara memutuskan hasrat memohon kerusi DUN Bukit Batu pada mesyuarat dua hari lalu. 

“Kesemua sayap MIC Bahagian, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri sedia menghadapi cabaran ini dengan jenteranya bersama BN Kulai dan terus membantu masyarakat India di semua DUN dalam Parlimen Kulai,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN