Mara nafi wujud salah guna kuasa pegawai - Utusan Malaysia

Mara nafi wujud salah guna kuasa pegawai

AZIZAH MOHD. DUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Majlis Amanah Rakyat (Mara) menafikan wujudnya salah guna kuasa atau salah urus tadbir susulan daripada tularnya dokumen dalaman anak syarikat Mara di media sosial berhubung wujudnya isu integriti beberapa pegawai.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, pihaknya memandang serius terhadap kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam yang menimbulkan persepsi negatif terhadap pihaknya dan anak syarikat berkaitan.

“Mara telah memulakan siasatan lanjut di Mara Corp. bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan untuk memastikan pengurusan syarikat sentiasa berlandaskan tadbir urus yang baik. 

“Keseluruhan anak syarikat Mara dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016. Justeru, Mara sentiasa mengutamakan amalan integriti dalam organisasi berteraskan nilai integriti yang tinggi.

“Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, Mara sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN