Manfaatkan kegiatan, pertingkat kesedaran isu al-Quds, Palestin

Manfaatkan kegiatan, pertingkat kesedaran isu al-Quds, Palestin

AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi mempertingkatkan kesedaran tentang isu al-Quds dan PalestinUmat Islam di Malaysia diseru memanfaatkan kegiatan yang dianjurkan mana-mana pihak termasuk agensi dan kerajaan.

Yang di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata, usaha ini membolehkan mereka lebih bersemangat untuk terlibat dalam usaha pembebasan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman pemerintah haram Zionis dan kuncu-kuncunya.

“PUM berpandangan, pembebasan Masjid al-Aqsa tidak hanya tertumpu kepada satu bentuk usaha tertentu. Ia memerlukan kepada pelbagai usaha yang saling sempurna dan menyempurnakan. Kerja pembebasan yang besar ini memerlukan kepada usaha keilmuan dan kesedaran, juga perlu kepada usaha solidariti dan kebersamaan. 

“Ia juga perlu kepada usaha pengumpulan dana dan penyampaian bantuan, di samping ia juga mungkin sampai ke tahap gerakan yang lebih besar. 

“Oleh itu, umat Islam di Malaysia hendaklah memilih bentuk usaha yang sesuai dengan diri masing-masing. Apa yang penting semua tidak ketinggalan dalam usaha ke arah pembebasan Masjid al-Aqsa yang pasti akan dibantu oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan. 

Untuk rekod, PUM terlibat dengan penganjuran Minggu al-Quds Sedunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1442H/2021M, di mana PUM antara pertubuhan ulama dunia yang terlibat sama dalam mencetuskan idea penganjurannya.

Minggu al-Quds Sedunia adalah antara wadah terbaik untuk memupuk kesedaran umat Islam terhadap isu al-Quds dan Palestin, serta memperkasakan usaha pembebasan Masjid al-Aqsa. 

Hal ini bersesuaian dengan pemilihan minggu terakhir bulan Rejab bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj di samping peristiwa pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Salahuddin al-Ayyubi.

Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama masih berada dalam tawanan kuasa Zionis semenjak negara haram Israel tertubuh di tanah Palestin pada tahun 1948 sehinggalah ke hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya