LPK nafi kontena tumbang di Pelabuhan Klang

LPK nafi kontena tumbang di Pelabuhan Klang

TANGKAP layar daripada rakaman video tular dalam media sosial memaparkan kejadian kontena tumbang di Pelabuhan Rotterdam, Belanda, tetapi dikaitkan dengan Pelabuhan Klang selepas gempa bumi di Sumatera Indonesia pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) hari ini menafikan berlaku sebarang kejadian susunan kontena tumbang di Pelabuhan Klang seperti yang tular dalam media sosial mutakhir ini seperti didakwa pengguna laman tersebut.

Video berkenaan dikaitkan dengan kejadian gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia yang gegarannya turut dirasai penduduk di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK), Kapten K. Subramaniam berkata, walau bagaimanapun kejadian kontena tumbang itu tidak berlaku di mana-mana tempat letak kontena di sana.

“LPK dengan ini mengesahkan bahawa insiden berkenaan tidak berlaku di mana mana terminal di Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, berdasarkan semakan Utusan Malaysia, kejadian kontena tumbang itu dipercayai berlaku di Pelabuhan Rotterdam, Belanda akibat dilanda ribut pada 18 Februari lalu.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dilaporkan menerima 14 panggilan di kawasan berbeza memaklumkan penduduk di sana mengalami gegaran pada pukul 9.40 pagi tadi.

Balai-balai yang menerima panggilan adalah di Banting, Puchong, Penchala, Kajang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Rawang, Kota Anggerik, Sungai Pinang, Damansara, Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis dalam satu makluman menyatakan, maklumat mengenai gempa bumi diterima daripada Jabatan Meteorologi yang mengesan gempa bumi di Bukit Tinggi, Sumatera di Indonesia yang berkekuatan 6.1 skala richter.

Berdasarkan laporan akhbar ini sebelum itu, sejumlah wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua insiden gempa bumi kuat.

Berdasarkan maklumat dari Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku pada kekuatan 5.0 skala Richter pada pukul 8.35 pagi waktu tempatan.

Gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pukul 8.39 pagi dengan kekuatan 6.2 Richter yang direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan 17 kilometer ke timur laut Pesaman Barat. UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.