maut terjun

Lelaki maut disyaki terjun apartment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut ditemui dekat Apartment TreFoil  di Setia Alam, Seksyen U13 di sini, petang semalam.

Bagaimanapun identiti mayat belum dikenalpasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang ketika ditemui berpakaian baju-T berwarna hitam dan seluar pendek biru gelap itu disyakit bunuh diri.

“Hasil siasatan awal, tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dibunuh, disyaki mangsa bunuh diri dengan terjun daripada bangunan Blok B Apartment berkenaan.

“Bagaimanapun, belum dapat dipastikan mangsa terjun dari tingkat berapa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau menambah, kes disiasat sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahsanullah Andok di talian 03-55202222. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN