Lelaki bakar diri dalam kereta meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lelaki bakar diri dalam kereta meninggal dunia

ANGGOTA bomba memadam sebuah kenderaan terbakar dalam kejadian di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang lelaki yang melecur 96 peratus selepas bertindak membakar diri dan keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, semalam dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew.

Katanya, mangsa, Chong Wee Seng, 28, sebelum itu berada dalam keadaan kritikal dan menerima bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi,” katanya ringkas di sini hari ini.

TANGKAP layar laporan Utusan Online mengenai anggota bomba memadam sebuah kenderaan terbakar dalam kejadian di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis malam tadi.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yang kecewa dengan teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu dipercayai bertindak membakar diri dan keretanya dalam satu kejadian di Kampung Syed Omar, Bintong di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa  yang berusia 28 tahun itu juga dilaporkan melecur 96 peratus pada bahagian badannya.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di atas jambatan Kampung Syed Omar dan mangsa merupakan seorang pemilik kedai aksesori kenderaan.

Mangsa juga merupakan seorang pesakit luar Jabatan Psikiatri HTF dan mempunyai rekod beberapa kali cubaan membunuh diri termasuk mengelar tangan pada Januari lalu dan meminum racun tikus sehari sebelum kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya