Lapan belas pemimpin PBM telah mengambil ujian psikometrik anti rasuah

Lapan belas pemimpin PBM ambil ujian psikometrik anti rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 18 pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah menjalani Ujian Psikometrik AntiRasuah seperti yang disyorkan Rasuah Busters bagi memastikan mereka bertanggungjawab dan tidak terdedah kepada perbuatan tersebut

Timbalan Presidennya, Haniza Mohamed Talha berkata susulan itu, lebih ramai pemimpin dan juga ahli akan mengikutinya, manakala calon parti  untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang juga bakal menjalani ujian tersebut.

HANIZA MOHAMED TALHA

“Johor akan menjadi pilihan raya pertama PBM dan kami mahu calon kami bebas rasuah supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab sekiranya mereka dipilih.

“Semua calon kami dalam PRN Johor akan menjalani ujian antirasuah (RBTag) seperti yang disyorkan oleh #RasuahBusters di Johor kerana Rasuah Busters akan menubuhkan pusat di Johor Bahru sempena pilihan raya, “ujarnya.

Mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi PBM, beliau berkata partinya akan membuat pengumuman mengenai kerusi yang kita tandingi dan calon pada pukul 12 tengahari, Khamis ini 

Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata, PBM akan memastikan semua calon parti itu akan mengambil dan lulus ujian anti rasuah kerana ini selaras dengan aspirasi pengundi yang mahukan pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab.

Arahan parti ini juga selaras dengan enam teras PBM dan langkah itu bukan sahaja akan membantu meningkatkan integriti semua calon berpotensi, tetapi juga membantu mewujudkan pemimpin yang lebih baik.

Untuk rekod, PBM yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) dilancarkan pada 21 Disember tahun lalu.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penukaran nama SWP kepada PBM dan perlembagaan baharunya.

Difahamkan seramai 53,109 orang daripada sayap Penggerak Komuniti Negara (PKN) di seluruh negara menyertai parti politik baharu itu.

Presiden PKN, Nor Hizwan Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersetuju menyertai PBM dengan agenda The Great Reset 2030 yang menumpukan pada enam tunjang utama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya