Gelaran Premier perlu pindaan Perlembagaan Persekutuan

Gelaran Premier perlu pindaan Perlembagaan Persekutuan

wang haram
CHAN FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak melihat perubahan gelaran Ketua Menteri kepada Premier di Sarawak perlu diikuti oleh Sabah.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, beliau tertanya-tanya jika pindaan pada gelaran Ketua Menteri itu berkesan sekiranya tidak disusuli dengan pindaan di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

“Pindaan terhadap Perlembagaan Sarawak tidak mengubah sebarang peranan dan kuasa bagi jawatan berkenaan mahupun, membolehkan kerajaan persekutuan memberi lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri.

“Saya melihat apa yang penting sekarang adalah menuntut penurunan kuasa di peringkat kerajaan persekutuan bagi memastikan autonomi diberikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang diharapkan oleh rakyat.

“Biarpun ada cadangan mahukan Sabah mengikut jejak langkah Sarawak menukar gelaran Ketua Menteri namun, itu bukan isunya. Apa yang penting pindaan perlu dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foong Hin berkata, gelaran Premier tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan malah, Perkara 160 dalam perlembagaan tidak mempunyai takrifan Premier sebagai ketua eksekutif negeri.

Dalam Perkara 160, ketua eksekutif negeri merujuk kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Menurut beliau, Menteri Pelancongan. Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan kedudukan Premier lebih tinggi berbanding Ketua Menteri kerana Sarawak berbeza dengan Pulau Pinang dan Melaka.

“Saya setuju bahawa kita (Sabah dan Sarawak) berbeza namun, bagi memastikan gelaran Premier itu berkesan dan lebih berkuasa banding negeri lain di Malaysia maka, pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu dilakukan.

Mengulas lanjut katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berasal daripada Sarawak tidak seharusnya terlepas pandang perkara penting ini.

Perkataan Premier itu seharusnya dimasukkan dalam rang undang-undang bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status rakan sekutu Sabah dan Sarawak sebelum ini.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya