Gangguan seksual Ebit Lew: Siasatan masih berjalan

Gangguan seksual Ebit Lew: Siasatan masih berjalan

ebit lew
EBIT Lew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung satu lagi kertas siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung.

“Kita telah menuduh kes yang dilaporkan di Tenom, Sabah manakala satu lagi laporan di Semenanjung masih berjalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, polis dalam peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Ujar sumber, polis setakat ini menjalankan siasatan berkaitan dua laporan iaitu di Sabah dan Kuala Lumpur.

“Polis sedang meneliti kertas siasatan selain melengkapkannya sebelum dihantar ke pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya,” ujar sumber.

Jumaat lalu, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Abd. Jalil dilaporkan berkata, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya