Bukan sahaja usia parti, tetapi muda merangkumi agenda

Bukan sahaja usia parti, tetapi agenda juga perlu muda

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agenda muda bukan sahaja tentang usia parti namun membabitkan dasar yang memanfaatkan golongan itu mahupun lama. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi muda harus memahami tentang perkara itu supaya tidak terkeliru berhubung terminologi muda dalam kancah politik. 

Katanya, meskipun BN sudah lama wujud namun tidak pernah gagal dalam memahami aspirasi golongan muda manakala sejarah panjang perjalanan politiknya sentiasa terdiri daripada komposisi lama dan muda.

“Gabungan parti politik ini dibarisi gandingan pimpinan lama dan baharu pada setiap waktu dan tempat. Yang lama padat dengan pengalaman dan pengetahuan, yang baharu segar dengan idea dan inspirasi.

“Kedua-dua bersinergi ini untuk mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, gender dan peringkat umur. Sesuai dengan falsafah yang lama dihormati, yang muda disayangi, itulah BN yang memayungi aspirasi semua.

“Semoga pengundi muda Johor memahami dan mengerti realiti ini demi masa depan mereka dan keluarga mereka,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Tambah Presiden UMNO itu, pengundi muda perlu memahami bahawa BN berbeza dengan gabungan politik lain yang rapuh dan penuh dengan lakonan.

Jelasnya, BN dibarisi parti komponen berbilang bangsa dan agama serta adalah sebuah gabungan politik evergreen (malar segar) dan tetap relevan sejak 1973 di samping kekal kukuh, konsisten dan mampan sejak dulu, kini dan selamanya. 

“Sangat berbeza berbanding gabungan politik lain yang rapuh dan penuh dengan lakonan. Bergabung sebelum berpecah, berpecah kemudian bergabung dan bergabung sebelum berpecah semula. Berubah-ubah mengikut selera dan pesona politik masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan masa depan rakyat.

“Kesalasilahan BN sebagai sebuah gabungan parti politik demi rakyat untuk rakyat tidak pernah terciduk, kerana itu parti old-timer politik Malaysia ini berjaya memancarkan kestabilan sepanjang mentadbir negara. Kestabilan dibawa kerajaan BN mendedikasikan sebuah kemakmuran dan kesejahteraan buat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya