Berlian biru paling besar bakal dilelong di Hong Kong

Berlian biru paling besar bakal dilelong di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebutir berlian biru yang disifatkan paling besar dan berharga yang ditemukan baru-baru ini bakal dilelong di Hong Kong.

Berlian 15 karat milik De Beers Cullinan Blue itu ditemukan di Lombong Culinan, Afrika Selatan pada tahun lalu.

Lombong itu merupakan antara beberapa lombong di dunia yang mana berlian itu boleh ditemukan.

Berliau itu dijangka dijual pada harga AS$48 juta (RM200 juta) dalam satu acara lelongan di Sotheby’s Hong Kong pada April ini.

Naib Presiden Kanan Sotheby’s yang juga merangkap Pengarah Jualan Barangan kemas, Frank Everett berkata, berlian itu mempunyai ciri-ciri yang luar biasa.

Berlian biru itu amat jarang ditemukan kerana saiznya, berukuran 15 karat dan mempunyai warna biru yang terang tanpa sebarang kecacatan.

“Saya yakin berlian itu akanmendapat sambutan menggalakkan dalam acara lelong tersebut kerana pasaran ketika ini amat kukuh bagi barangan kemas.

“Keadaan itu (pasaran stabil) dijangka berterusan sehingga beberapa tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, Everett memaklumkan, antara sektor yang paling mendapat perhatian termasuk berlian berwarna, terutamanya warna biru.

Institut Gemalogikal Amerika Syarikat (GIA) memberikan gred ‘Fancy Vivid Blue’ iaitu gred warna tertinggi untuk berlian berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.