Banjir: Lebih 20 kampung di Hulu Terengganu terputus hubungan

Banjir: Lebih 20 kampung di Hulu Terengganu terputus hubungan

PENDUDUK terpaksa berlindung di bumbung rumah berikutan air yang naik mendadak di Kampung Lubuk Pait di Hulu Terengganu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penduduk di lebih 20 kampung di daerah ini terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk.

Paling teruk terjejas ialah kampung-kampung sekitar Tersat, Hulu Telemong dan Jenagur di Telemong di samping mukim Hulu Berang di Ajil. 

Antara lokasi itu ialah di Kampung Sekayu, Kemat, Durian Bador, Nibung, Tapah, Kuala Ping, Tok Lawit, Lubuk Pait, Peneh, Lubuk Periuk, Gunung dan Pengkalan Ajal. 

Keadaan ini sekali gus menyukarkan pasukan penyelamat untuk datang membantu berikutan semua laluan yang ditenggelami air.

Utusan Malaysia difahamkan ketika ini kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di bumbung kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd. Safari Abu berkata, kira-kira 13 kampung di DUN berkenaan terjejas dan pihaknya masih mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. 

“Keseluruhan penduduk adalah 3,000 orang, namun jumlah sebenar yang terlibat banjir belum dapat dipastikan dan dianggarkan mencecah 1,000 mangsa. Banjir kali ini agak luar biasa dan operasi menyelamat masih giat dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya