Trafik KL-Karak, PLUS arah Utara sesak - Utusan Malaysia

Trafik KL-Karak, PLUS arah Utara sesak

Aliran trafik mula meningkat di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak pada 29 Januari 2022.- UTUSAN FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di  Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Kuala Lumpur menghala Karak sesak susulan pertambahan kenderaan sejak pagi tadi. 

“Trafik sesak bermula dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga ke Tol Plaza Gombak menghala ke Kuantan di Kilometer 22.3, dari Tol Plaza Gombak hingga Kilometer  43.1 menghala Kuantan (Gombak-Bukit Tinggi),” kata kenyataan LPT di Facebook, hari ini.

Pengendali LPT sebelum ini memaklumkan, berikutan peningkatan aliran trafik buat masa ini, pengguna laluan Lebuh Raya KL-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) diingatkan untuk rujuk semula Jadual Cadangan Perjalanan (TTA)  menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. 

Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan, aliran trafik arah Utara dari Tapah menghala Gopeng turut sesak susulan kemalangan melibatkan sebuah treler, pagi tadi. 

“Status terkini kemalangan di Kilometer  302.4 arah Utara dari Tapah ke Gopeng di lorong kanan masih terhalang. Trafik sesak. Pandu berhati-hati,” jelas PLUS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.