Tok Mat Pengarah PRN Johor, Hasni penyelaras - Utusan Malaysia

Tok Mat Pengarah PRN Johor, Hasni penyelaras

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad pula dilantik Ketua Penyelaras.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi BN yang berlangsung semalam.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zambry, mesyuarat itu turut membincangkan perkembangan mutakhir dalam negara dan perencanaan pada tahun ini.

“Mesyuarat juga turut menegaskan kebulatan tekad seluruh pimpinan parti komponen untuk terus mempertahankan dan mengemas kini kedudukan BN yang menjadi wadah politik negara selama ini,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya