PETALING JAYA: Peranan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menguruskan bank pusat dipersoalkan adakah beliau benar-benar tidak mengetahui berhubung pemilikan wang oleh ahli keluarganya yang didakwa diperoleh daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Satu sumber mendedahkan, persoalan ini timbul apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai telah memanggil suami kepada bekas Gabenor BNM itu, Datuk Dr. Tawfiq Ayman untuk memberi keterangan bersabit wang yang diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low).
Kata sumber itu, Tawfiq didakwa telah menerima wang daripada Jho Low melalui syarikat beliau dan keluarga iaitu Cutting Edge Industries Ltd. yang berpangkalan di Singapura.
“Sumber wang ini adalah daripada ACME Time Limited yang mana daripada syarikat ini terdapat pemindahan wang ke Iron Rapsody dan seterusnya ke syarikat Cutting Edge Industries Ltd semuanya berjumlah RM 35.45 juta (USD 8,472,317).
“Syarikat Cutting Edge Industries Ltd ini dimiliki Tawiq Ayman bersama-sama Aliff Ayman dan Aziz Ayman dan setiap pelaburan melibatkan dana 1MDB ketika itu sudah pasti berada dalam pengetahuan Zeti,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata sumber, rentetan itu, terdapat beberapa pihak telah tampil membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat sekiranya terdapat dakwaan salah guna kuasa membabitkan Zeti ketika itu.
Mingguan Malaysia semalam mendedahkan, terdapat beberapa nama besar dikenal pasti menerima dana berkaitan skandal 1MDB tetapi perkara itu belum pernah didedahkan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, perkara tersebut terdedah apabila SPRM berusaha melakukan pemulihan aset 1MDB sama ada di dalam dan luar negara yang melibatkan beberapa nama besar dan dikaitkan dengan 1MDB semuanya bernilai 20.5 bilion.
Satu siasatan juga telah dimulakan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram 2001 membabitkan Zeti dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram SPRM, TPj
Mohamad Zamri Zainul Abidin turut mengesahkan kepada Mingguan Malaysia, ada menerima aduan mengenai Zeti daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pada 22 Disember lalu
Selain itu, beliau juga mengesahkan ada menerima , pihaknya laporan yang dibuat oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner.










