PETALING JAYA: Pergerakan ribuan kenderaan di beberapa Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terjejas sehingga menimbulkan kesesakan di kedua-dua hala apabila sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dipercayai tidak berfungsi dengan baik. Tinjauan Utusan Malaysia di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur mendapati aliran trafik bagi lorong yang menggunakan sistem RFID terganggu apabila sistem tersebut tidak dapat mengesan kenderaan pengguna sehingga menyebabkan barisan menjadi panjang. Malah, lorong TnG dan…