KUANTAN: Perubahan fasa Covid-19 daripada pandemik ke endemik menuntut disiplin tinggi daripada seluruh rakyat supaya terus cakna dengan gejala jangkitan wabak berkenaan. Sama ada mahu atau sebaliknya, masyarakat perlu menerima hakikat untuk terus hidup dengan Covid-19 seperti denggi dan selesema. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perubahan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Dr. Jamalludin Ab. Rahman berkata, untuk menuju ke fasa endemik, selain pengurangan tempoh kuarantin,…










