PRN Johor dalam masa terdekat - MB - Utusan Malaysia

PRN Johor dalam masa terdekat – MB

HASNI Mohamad memaklumkan kepada petugas media untuk mengadakan PRN sebaik keluar dari bilik mesyuarat selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan Johor bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat ini.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam pertemuan ringkas dengan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO negeri di pekarangan bangunan ibu pejabat UMNO Johor, di sini sebentar tadi.

“Saya sudah dapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan PRN Johor.

“Saya akan adakan sidang akhbar berkenaan perkara ini pada pukul 6 petang ini, selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada pukul 5 petang ini.

“Ketika ini saya mahu mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kota Iskandar terlebih dahulu,” katanya ringkas.

Pengesahan Hasni sekali gus melenyapkan teka-teki  yang meramalkan Johor akan menjadi negeri keempat mengadakan pilihan raya berasingan selepas Sabah, Melaka dan Sarawak sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya