RFID: PLUS mohon maaf, 19 lorong SmartTag aktif semula - Utusan Malaysia

RFID: PLUS mohon maaf, 19 lorong SmartTag aktif semula

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memohon maaf kepada pelanggan lebuh raya itu atas kesulitan yang dialami mereka ekoran kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai , 15 Januari lalu.

Pengendali lebuh raya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, PLUS sedar kesulitan dihadapi pelanggannya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini.

Katanya, PLUS komited  menambah baik tahap pengalaman pelanggan di lebuh rayanya dengan mengaktifkan semula lorong Smart Tag, meningkatkan prestasi sistem, menempatkan petugas di lorong dan mempergiat lokasi strategik untuk pusat pemasangan Tag RFID serta penggantian.

“Terlebih dahulu, PLUS ingin memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang dialami akibat kesesakan yang berlaku semasa permulaaan RFID Perintis AWWam Kedua sepanjang lebuh raya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Februari.

“Projek RFID ini adalah selaras dengan pelan tindakan Sistem Pengangkutan Pintas (ITS) Kementerian Kerja Raya ke arah sistem ekosistem lebuh raya bebas kesesakan iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (MLFF),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bagi mengaktifkan semula lorong Smart Tag, PLUS komited mengembalikan semula 19 lorong Smart Tag di 16 plaza tol sebelum 25 Januari ini untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong Smart Tag akan diaktifkan di 18 plaza tol.

“Bagi meningkatkan prestasi sistem, palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” ujarnya.

Tambahnya, PLUS menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.

“Bagi mempergiat lokasi strategik untuk pusat pemasangan Tag RFID dan penggantian, terdapat 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS dan 35 lagi lokasi berada di luar lebuh raya.

“Senarai penuh pusat lemasangan boleh didapati di laman sesawang https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres yang dikemas kini dari semasa ke semasa. Pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuhraya PLUS akan menerima kupon Touch N Go dari pembantu Khidmat Pelanggan kami dan pelanggan boleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID yang terdekat untuk pemeriksaan.

“Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag tersebut secara percuma. PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN