Ramai merungut jalan sesak, lambat ke tempat kerja - Utusan Malaysia

Ramai merungut jalan sesak, lambat ke tempat kerja

HUTANG luar meningkat sebanyak 3.9 peratus kepada RM1.4 trilion atau 69.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Media sosial hari ini dipenuhi rungutan orang ramai yang terlambat ke tempat kerja kerana terperangkap akibat kesesakan lalu lintas di sesetengah kawasan sejak awal pagi.

Menerusi ciapan Twitter penyanyi Haiza, beliau berhadapan kesesakan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi dan tersangkut di depan bangunan One South.

“Lepas plaza tol Sungai Besi sesak teruk sangat, dari pukul 8 sampai sekarang tak gerak, duduk depan One South saja, nak jadi apa.

“Kerja pukul 10, keluar rumah 6.45 pagi. Rancang dah betul dah tapi kenapa sesak. Mental kacau macam ini. Apakah kejadian dekat depan itu?,” ciap beliau.

Seorang lagi pengguna Twitter, @fa10_syairah pula memaklumkan perjalanannya ke tempat kerja mengambil masa kira-kira dua jam.

“Menyirap juga kesesakan jalan pagi-pagi ini. Gerak 6.30 pagi sampai office pukul 8.15 pagi,” katanya.

Dalam pada itu akaun Twitter @ITIS_TRAFIK memaklumkan lalu lintas bergerak perlahan di beberapa jalan raya seperti Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan, Ukay Perdana ke Ampang dan Balai Polis Setapak ke Bulatan Pahang serta Tol Sungai Besi ke Petronas/Shell TPM. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN