Penagih belasah kekasih tidak beli nasi, rokok - Utusan Malaysia

Penagih belasah kekasih tidak beli nasi, rokok

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Hanya kerana enggan membeli nasi dan rokok, seorang lelaki tergamak membelasah teman wanita dengan topi keledar di Kampung Pengkalan Chelat, Tanjung Kuala di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 38 tahun lebam di lengan kiri serta paha kanan dan kiri selain calar di pergelangan tangan dan bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Mohd. Azmir Damiri berkata, kejadian berlaku di luar pagar rumah suspek berusia 30 tahun, selepas mangsa tidak memenuhi permintaannya.

Menurut beliau, sebelum itu, pasangan kekasih terbabit  bertengkar di luar pagar rumah tersebut.

“Suspek kemudian  menyepak mangsa beberapa kali di paha kanan dan kiri, sebelum memukul mangsa dengan topi keledar di lengan kiri.

“Suspek turut mengheret mangsa agar masuk ke dalam pagar rumahnya dengan cara mencakar muka dan pergelangan tangan mangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang janda kemudian membuat laporan di Balai Polis Tumpat berhubung kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada mangsa yang enggan membeli nasi dan rokok ketika suspek sedang kelaparan.

“Suspek seorang penagih dan panas baran. Mereka bercinta sejak dua tahun lalu. Kita sedang mengesan suspek yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian itu,” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya