Lelaki ditahan rakam pakaian dalam wanita  - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan rakam pakaian dalam wanita 

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merakam  gambar seluar dalam seorang wanita di sebuah kompleks beli-belah di Bayan Lepas dekat sini semalam. 

Lelaki tempatan berusia 20-an itu ditahan orang awam yang kemudianmenyerahkannya kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki itu kini direman dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. 

“Lelaki itu tidak mempunyai  rekod jenayah dan polis merampas dua  iPhone berserta ‘powerbank’, fon telinga dan beg kain bagi membantu siasatan,” katanya. 

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.