Kerajaan perlu masa siasat permohonan Rohana - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu masa siasat permohonan Rohana

HAMZAH Zainudin menyampaikan dokumen pengenalan diri kepada penduduk di Kampung Tapah, Sungai Bayor Selama di Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Kerajaan akan membuat siasatan terperinci sebelum meluluskan permohonan kewarganegaraan termasuk kes seorang wanita, Rohana Abdullah, 22, yang dijaga seorang warga emas berketurunan Cina, Chee Hoi Lan, 83, tanpa dokumen pengenalan sejak berusia dua bulan dan sehingga kini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata,  siasatan mengambil masa iaitu lebih dari enam bulan.

Menurutnya, ini  untuk memastikan pemohon menyediakan butiran yang lengkap antaranya tentang pendaftaran perkahwinan, kelahiran dan sebagainya .

“Ini termasuk butiran berkaitan status ibu bapa sama ada kedua-duanya warganegara atau sebaliknya dan juga status perkahwinan.

“Kita memerlukan sedikit masa untuk menjalankan siasatan kes Rohana Abdullah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan sijil kelahiran dan kad pengenalan diri kepada lima penduduk di Kampung Tapah, Sungai Bayor Selama dekat sini hari ini.

Hamzah menyerahkan sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada empat remaja yang  tidak mempunyai sijil taraf kelahiran dan kad pengenalan kerana perkahwinan yang tidak didaftarkan.

Hamzah menasihatkan rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga asing supaya mendaftarkan perkahwinan mereka.

Katanya, ini  bagi mengelak  masalah kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan taraf kerakyatan.

“Kita tidak melarang orang nak bernikah di luar negara namun pastikan perkahwinan itu didaftarkan semula di negara ini.

“Ini untuk mengelak kesulitan terutamanya ketika untuk pendaftaran kelahiran anak,” katanya. 

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami kebimbangan (anxiety) akibat daripada masalah yang dihadapinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya