Jangkitan  Covid-19 turun kepada 2,308 hari ini - Utusan Malaysia

Jangkitan  Covid-19 turun kepada 2,308 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 87 kes berbanding semalam, 83 kes manakala angka jangkitan turun bawah 3,000 iaitu 2,308 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan 184 kes berbanding semalam, 182 kes.

“Malaysia mencatatkan 1.5 peratus bersamaan 34 kes daripada 2,342 kes positif harian Covid-19 pada hari ini, melibatkan kategori tiga, empat dan lima sekali gus merekodkan penurunan berbanding semalam, 0.9 peratus. 

“Bakinya, 2,308 kes (98.5 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 2,342 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 3,010 kes.

Katanya, enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,218 kluster. 

“Sebanyak 177 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan tiada perubahan berbanding semalam yang mencatatkan, 176 kluster. 

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,041 kluster berbanding semalam, 6,036 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 12 kes, berbanding semalam, 19 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,793 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sifar daripada 12 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,415 kes.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya