fbpx

23 Mei 2022, 3:27 pm

  TERKINI

i-Citra: Konsep rezeki bukan diukur nilaian tabungan KWSP

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempersoalkan apakah tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua pencarum.

Beliau mempersoalkan apakah jaminan hidup selepas pencarum bersara jika ketika ini rakyat sangat terdesak untuk memenuhi keperluan hidup sama ada untuk diri sendiri atau keluarga masing-masing.

Katanya, tuntutan pengeluaran wang pencarum sendiri i-Citra RM10,000 bukan dibuat tanpa sebarang asas.

“Ramai yang mula dihalau dari rumah tak dapat bayar sewa. Ramai yang ditarik kereta dan motor kerana sudah tidak mampu bawar ansuran.

“Ramai yang berhutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup. Ramai yang tertekan memikirkan bagaimana nak pastikan makanan di atas meja terus terhidang buat keluarga.
Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik.

“Mereka ini tak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapat pun tak mencukupi.

“Sedangkan mereka tergolong dalam kalangan 68.3 juta pencarum yang punya wang simpanan KWSP melebihi RM10,000 bahkan beratus ribu,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, Akta KWSP di bawah Seksyen 54 sendiri jelas membenarkan pengeluaran hari ini untuk menenuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik (Rujuk sub-seksyen 54 (k), 54(l) dan 54(m).

“Percaya dan yakinlah bahawa konsep rezeki bukannya diukur atas nilaian banyak atau sikitnya tabungan KWSP.

“Pun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan. Malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah banyak kali saya berikan.

“Bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantung KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan.

“Lebih utama mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI