Harqis Empire sasar pendapatan RM25 juta tahun ini

Platform media sosial berkembang, Harqis Empire sasar pendapatan RM25 juta tahun ini

Nur Saidatul Akma (kiri) bersama salah seorang peserta yang menerima anugerah usahawan dalam satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harqis Empire menetapkan unjuran pendapatan sebanyak RM25 juta pada tahun ini berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka meningkat. 

Pengasasnya, Nur Saidatul Akma Jamaruddin menerusi satu kenyataan berkata, unjuran tersebut ditetapkan berdasarkan permintaan peniagaan menerusi dalam talian yang semakin berkembang pada masa ini.

Justeru katanya, pelbagai langkah akan diambil dengan mempergiatkan aspek pemasaran menggunakan pelbagai medium terutama media sosial.

“Fasa pandemik Covid-19 sebelum ini benar-benar memberi kesan kepada perniagaan kami, namun, kita beralih kepada cara perniagaan pada masa itu dengan memberi fokus 100 peratus dalam talian. Alhamdulilah ia berjaya sehingga meningkat tiga kali ganda.

“Malah, kami turut menerima sambutan apabila lebih 3,000 stokis dan agen kini bersama-sama kami untuk memastikan unjuran dapat dicapai pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, Harqis Empire berjaya mencatat jualan mencecah hampir RM16 juta pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Nur Saidatul Akma berkata, walaupun menempuh cabaran pandemik selama dua tahun, syarikatnya mengekalkan momentum jualan dalam talian sekitar 80 peratus sepanjang pandemik.

“Trend peningkatan ini berkait rapat dengan senario penggunaan telefon yang tinggi memandangkan ramai pembeli yang banyak menghabiskan masa ketika pandemik di rumah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN